Sunday, December 26, 2010

Izwan ‘Tiba Tiba Cinta’ EVE

TERLALU singkat perkenalan mereka, tetapi pertemuan beberapa hari itu membuatkan mereka bagaikan sahabat lama.
Pertama kali bertemu ‘tiba-tiba cinta’ diibaratkan pertemuan si jejaka dan si gadis EVE.

Seloka, senda tawa serta gurau manja mengiringi setiap perbualan dan gerak laku mereka ketika memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti riadah di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion baru-baru ini.

Rencana Izwan atau nama sebenar, Khairil Izwan Pilus, 31, bersama EVE yang dianggotai Hairani Hassan (Yanie), 27,


Nur Asilah Mohd Osmera (Asila Osmera), 24, dan Evie Noor Erlynna Roslan (Evie), 24, bukan sekadar bersiar-siar atau memenuhi sesi fotografi, namun turut membawa perkhabaran mengenai kolaborasi mereka.

Tiba Tiba Cinta (TTC), itulah agenda utama membabitkan artis tempatan dan Singapura ini.

Lagu baru TTC adalah hasil karya sepenuhnya Izwan sendiri yang disampaikan secara duet bersama EVE.

Lagu yang sepatutnya dinyanyikan bersama Maiya Rahman, seorang lagi bintang kendalian Media Corp, Singapura yang akhirnya terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu sebelum EVE diberi kepercayaan itu.

“Teman-teman saya EVE ini dari Singapura. Barangkali ada antara mereka yang belum pernah ke sini. Justeru, saya ambil peluang sementara mereka belum pulang ke Singapura, saya mahu bawa mereka jalan-jalan di sini,” kata Izwan.

Kata Izwan, TTC adalah lagu yang ditulisnya sejak tiga tahun lalu dan baru kini memperoleh keberanian �mengenengahkannya.

“Dulu saya tidak pernah yakin dengan komposisi muzik yang dihasilkan kerana dibuat melalui cara ‘humming’. “Kemudian, saya meminta bantuan seorang teman (Shamir) untuk mencari ‘coding’ lagu ini, barulah saya nampak bentuk muziknya macam mana.

“Saya berani mencuba kerana kegagalan single sebelum ini, Bukan Percuma yang tidak mendapat tempat siaran radio. Mungkin kurang promosi atau lagu itu tidak menepati konsep ditetapkan stesen radio.

“Saya juga teruja mencuba sesuatu yang baru, khususnya dalam mencipta lagu sendiri membuatkan saya berani untuk mengenengahkan lagu ini secara komersial,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Indah Lelapku berkata, susunan lagu ini dibuat AG (Coco), seorang ‘arranger’ muzik mudayang cukup menyerlahketika ini selain dikenali sebagai pemuzik kumpulan Hujan.

Katanya, dia diperkenalkan kepada AG oleh seorang teman, Adnan Zainal Abidin atau Nan dan dialah mengusulkan kepadanya untuk mencuba sentuhan AG.

“Tidak sangka hasilnya menepati cita rasa saya. Bukan itu saja, AG seorang yang mudah memberikan kerjasama dan saya senang bekerja dengannya. Dia terbuka dan juga bertoleransi.

“Bagi saya, keunikan lagu ini terletak pada melodinya dan saya lebih suka menamakan muziknya sebagai retro fusion. “Fusion di sini satu percubaan eksperimentasi yang mana ‘feel retro’ dikekalkan, tetapi jalur muzik masih dalam lingkungan pop yang mudah menangkap pendengaran serta sesuai cita rasa masa kini.

“Lebih istimewa, bagi seorang peminat lagu retro yang tidak pernah berpeluang merakamkan lagu seperti ini, saya rasakan ia permulaan tahun baru yang baik dengan pengenalan muzik baru serta penampilan imej baru,” katanya.

Izwan mengakui TTC sepatutnya dinyanyikan bersama Maiya Rahman bagaimanapun pihak Media Corp terpaksa menggantikan dengan EVE.

Katanya, gabungan penyanyi solo dan berkumpulan tidak ada masalah baginya.
“Saya tidak pernah bekerjasama dengan EVE sebelum ini melainkan pernah sekali melihat persembahan mereka di Singapura.

“Dari segi rakaman, sememangnya lebih mudah berduet dengan penyanyi solo lebih-lebih lagi Maiya yang sudah lama saya kenal selain tahu kekuatan yang ada padanya.

“Berbeza dengan rakaman yang dibuat bersama artis berkumpulan di mana kerjanya lebih rumit dari segi �pembahagian suara secara harmoni.

“Dalam hal ini, saya mendapatkan bantuan, kebijaksanaan dan kepakaran Farith Taib untuk membuat pembahagian suara �menyatukan semua kami dalam satu lagu.

“Pada saya, ketiga-tiga mereka mempunyai bakat suara dan kekuatan berbeza. Memang �terdapat sikit kesukaran khususnya dalam membentuk nyanyian secara harmoni kerana mereka semua sebelum ini �penyanyi solo yang kemudian�nya dibentuk sebagai kumpulan.

“Namun, daripada pe�ngalaman merakamkan lagu ini seperkara yang dapat ditonjolkan kelebihan yang mereka ada, tetapi tidak pernah diketengahkan atau tidak mereka sendiri tidak sedari wujudnya kelebihan itu,” katanya.

Lagu TTC kini dalam proses akhir dan dijangka dipasarkan pertengahan Januari. Ia berkisar percintaan pandang pertama, tetapi di pertengahan jalan menyedari terlalu banyak perbezaan, akhirnya akur untuk meneruskan kehidupan masing masing dan hanya kekal sebagai kawan.

Sementara itu, Yanie mewakili EVE mengakui rakaman lagu yang diadakan pada 9 Disember lalu di studio milik AG, Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur adalah satu pengalaman yang berguna buat mereka. Memasuki studio seawal jam 10 malam, rakaman hanya selesai kira-kira jam 3 pagi.

“Kami teruja dan terharu �dapat bekerjasama dengan Izwan, seorang artis cukup dikenali di negara ini. Kami lega kerana dapat menyelesaikan rakaman pada tempoh ditetapkan.

“Secara peribadi, kami menganggap TTC sebuah lagu yang ringkas dan ‘catchy’ cuma kesukarannya adalah dari segi nyanyian secara harmoni,” katanya.

EVE ditubuhkan pada 2009 selepas Yanie, Asila dan seorang lagi peserta daripada program realiti Anugerah, Nora tamat menyertai pertandingan itu.

Bagaimanapun, disebabkan masalah peribadi, Nora menarik diri lalu tempatnya digantikan Evie yang sebelum ini adalah peragawati di Singapura.

Populariti EVE mula mendadak selepas single pertama mereka, Kau Wanita Istimewa juga lagu tema kempen mencegah barah mendapat liputan meluas radio di Singapura. Tidak lama lagi, mereka mempertaruhkan �single kedua, Supergirls.

No comments:

Post a Comment