Namun, gosip liar yang mengguris hati nyata tidak pernah lekang menghinggapi pasangan bahagia ini. Ternyata mulut orang sememangnya tak boleh ditutup.
Apapun, lali dengan segala tohmahan dan gosip yang cuba merosakkan keharmonian rumah tangga mereka itu, Mawi mahupun Ekin kini lebih selesa berdiam diri.
Menurut Ekin, 30, yang penting mereka memang bahagia dan sangat mengimpikan kehadiran cahaya mata. Ujarnya, setiap pasangan berkahwin pasti inginkan zuriat. Bagaimanapun, barangkali sekarang belum ada rezeki untuk mereka berdua.
TERBARU...Mawi bersama album Mawi Idolaku yang memuatkan 15 lagu.
Saya tidak sedih, sebaliknya yakin semua ini ketentuan Ilahi. Apapun, saya sangat bersyukur rumah tangga yang dibina bersama Mawi masih bertahan. "Saya hanya mengharapkan perkahwinan kami mampu berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Sekarang ini, kehidupan kami pun berjalan dengan baik dan lancar. Cuma, masih belum mempunyai cahaya mata dan kami sesekali tidak pernah merancang.
"Kami berserah dan dalam pada itu saya tetap berusaha menjalani rawatan tradisional.
"Antara kaedah dilakukan ialah perubatan alternatif dan berurut. Mana tahu ia akan membuahkan hasil kerana dapat seorang anak pun jadilah. Asalkan ada tanda pengikat kasih kami. Malah, saya sentiasa berdoa supaya kami diberi peluang itu.
Saya tidak sedih, sebaliknya yakin semua ini ketentuan Ilahi. Apapun, saya sangat bersyukur rumah tangga yang dibina bersama Mawi masih bertahan. "Saya hanya mengharapkan perkahwinan kami mampu berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Sekarang ini, kehidupan kami pun berjalan dengan baik dan lancar. Cuma, masih belum mempunyai cahaya mata dan kami sesekali tidak pernah merancang.
"Kami berserah dan dalam pada itu saya tetap berusaha menjalani rawatan tradisional.
"Antara kaedah dilakukan ialah perubatan alternatif dan berurut. Mana tahu ia akan membuahkan hasil kerana dapat seorang anak pun jadilah. Asalkan ada tanda pengikat kasih kami. Malah, saya sentiasa berdoa supaya kami diberi peluang itu.
"Siapa yang tidak impikan peluang untuk bergelar ibu dan bapa. Begitu juga dengan saya dan Mawi.
"Oleh itu, kami meletakkan tempoh masa enam tahun untuk dapat anak, kalau masih tak berhasil juga mungkin ambil anak angkat dulu," katanya.
Menyentuh soal sambutan ulang tahun mereka, Ekin berkata, dia dan Mawi meraikannya dengan majlis makan malam.
Turut disertai kembarnya, Aein bersama suami, mereka menghabiskan masa bersiar-siar di pusat beli-belah Pavillion di ibu kota.
Semestinya ada hadiah istimewa Mawi untuk Ekin, pasangan sejoli ini mengharapkan mereka dapat merealisasikan impian yang belum terlaksana lagi pada 2011 nanti. Katanya Ekin, sekarang pun dia sibuk menguruskan Medan Selera Lambai Lambai di Johor.
Ditanya mengenai cerita Ekin dikatakan kini fobia bertemu media kerana tidak mahu terlalu menonjol di sisi suaminya, wanita jelita ini memaklumkan semua itu tidak benar. Katanya, dia tidak lagi berlakon dan tiada produk baru untuk dikongsi.
"Saya tidak pernah melarikan diri daripada media. Bagi saya, cukuplah Mawi saya diketengahkan kerana dia memang sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
"Selain menyanyi, Mawi juga sibuk menguruskan produksi kami dengan menerbitkan drama.
"Sebagai isteri, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat suami dan menyokong segala minatnya. Saya melihat Mawi sangat berminat untuk aktif di belakang tabir penerbitan drama dan pengarahan, jadi tiada salah galakan diberi padanya.
"Apa yang dilakukan Mawi kini adalah bekalan untuk masa depan kami. Sampai bila dia akan terus menyanyi dan diterima peminat?
"Bila sudah tiba masa, Mawi mesti mengundur diri dan perniagaan diusahakan kini menjadi jaminan kami," katanya.
Mesra berbicara, Ekin juga berkata, dia sudah tidak ambil peduli dengan segala cakap orang terhadap dirinya dan Mawi. Ujarnya hidup mesti diteruskan dan mereka sudah menjadi suami isteri. Jadi, apa lagi yang hendak dimarahi atau sakit hati.
Album Mawi Idolaku
DIA pernah mencetuskan fenomena, kini siapalah Mawi. Biarpun, sedar namanya sudah tidak sehebat dulu, tetapi itu bukan satu titik noktah. Mawi yakin dan percaya dia masih mempunyai kelompok peminat yang setia menyokong karier seninya.
Sekalipun kini aktif di belakang tabir, tetapi nyanyian tetap keutamaan. Justeru, selepas dua tahun bekerja keras maka terhasillah album baru Mawi Idolaku yang memuatkan 15 lagu dengan 12 daripadanya dirakamkan secara duet bersama artis lain.
Apakah Mawi akur dia kini sudah kehilangan populariti dan memerlukan artis ternama seperti M Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Zamani dan ramai lagi untuk menaikkan semula namanya di mata peminat? Ini jawapan Mawi berseloroh.
"Ya memang betul saya tumpang populariti mereka. Bagaimanapun, realitinya semua artis yang terbabit dalam rakaman album baru saya ini mempunyai kelompok peminat mereka sendiri. Antara kami sebenarnya, saling bekerjasama.
"Jujur, saya akui sangat teruja untuk menyiapkan album ini kerana mendapat peluang merakamkan lagu bersama artis kegemaran saya dalam industri seni suara tanah air.
"Bagi saya, penantian dua tahun ini sudah berhasil dengan terbitnya album Mawi Idolaku.
"Idola-idola saya dalam album ini bukan saja hebat, tetapi memiliki pengikut tersendiri.
"Jadi, gabungan saya dan mereka secara tak langsung akan menarik minat pendengar kami semua hingga sudi mendapatkan album ini di pasaran.
"Memang tidak dinafikan, ia turut membantu menaikkan kembali populariti saya. Apapun, selain Ogy Ahmad Daud, saya juga bercita-cita untuk duet dengan Datuk Siti Nurhaliza. Namun, atas sebab teknikal beliau tidak boleh terbabit sama," katanya.
Menurut Mawi, mungkin perancangan berduet dia dan Siti akan dilakukan untuk projek album lain. Apapun, uniknya album Mawi Idolaku ini ialah Mawi turut muncul mendendangkan lagu baru berentak R&B, Menanti Hikmah sebagai percubaannya.
Sehubungan itu, antara lagu popular yang diberi nafas baru dan dimuatkan dalam album Mawi Idolaku ialah Tak Mungkin Berpaling (Zamani), Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan), Lagu Jiwa Lagu Cinta (M Nasir), Menyesal Tak Guna (Jay Jay), Siti Haida (Jeffrydin) dan Geram (Aznil) termasuk lagu baru, Barangkali.

No comments:
Post a Comment